KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muahamad Akmal Saleh memberi tempoh 24 jam kepada Malaysiakini untuk memohon maaf secara bersemuka selepas portal berita itu didakwa menyiarkan imej babi dengan kapsyen mengenai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025.Beliau menuntut wakil portal berita berkenaan untuk datang memohon maaf sendiri di PAU yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini bermula Rabu hingga Sabtu ini."Semalam ada satu artikel yang disiarkan Malaysiakini iaitu mengenai PAU 2025 tentukan hala tuju parti UMNO tetapi diletakkan gambar babi dalam artikel tersebut."Jadi Pemuda UMNO beri kamu tempoh 24 jam, kami minta kamu datang minta maaf secara terbuka. Kalau kamu tak datang, kami (yang) akan datang (kepada kamu)."Nak berlembut kita oleh berlembut, kamu cakap baik-baik kami boleh respons baik tapi kalau kamu kurang ajar, kami Pemuda UMNO boleh 100 kali kurang ajar dari kamu," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO pada Khamis.AKAN MENYUSUL