Keputusan PRU15 bukan sekadar angka, tapi isyarat rakyat - Noraini

KUALA LUMPUR - UMNO tidak boleh mengambil mudah prestasi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17), baru-baru ini.Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan masing-masing 30 kerusi dan enam kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) bukan sekadar angka, sebaliknya mesej dan isyarat rakyat kepada parti.Justeru, beliau menegaskan, UMNO termasuk sayap Wanita perlu menilai semula gerak kerja dalam masa kurang dua tahun untuk berdepan PRU16 dan tidak boleh mengekalkan langkah sedia ada."Jika memilih untuk mentafsir keputusan ini secara sambil lewa, mungkin kita sedang membuka ruang untuk kesilapan sama berulang pada PRU16 akan datang."Gelombang ini tidak boleh dibiarkan mara tanpa halangan, ia mesti dihentikan dan angka yang ada pada hari ini tidak boleh berkurang sama sekali. Kita perlu letakkan noktah dan mulakan kebangkitan."Di Parlimen, jadikan 30 kerusi ini sebagai pemangkin dan asas kebangkitan semula. Kita bukan saja perlu pertahankan, tetapi perlu gandakan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2025 di sini Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis.Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO bahawa ia bukan sekadar peringatan kosong.Malah ujarnya, kenyataan itu merupakan hakikat yang menuntut ahli untuk jujur kepada diri sendiri tentang kekuatan, kelemahan dan kesilapan yang tidak boleh diulangi."Kita hadir di sini dengan satu agenda yang jelas, mengurai kemelut politik yang melanda, menilai diri dengan jujur dan mencari jalan keluar bersama."UMNO tidak pernah mati kerana kalah pilihan raya, tidak akan berkubur kerana lompat parti. Tetapi hanya akan lumpuh jika berbalah sesama sendiri," ujarnya.