SHAH ALAM - Malaysiakini memohon maaf atas kesilapan beberapa grafik di media sosial pada Rabu, termasuk penggunaan tajuk laporan mengenai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada imej yang sebenarnya merujuk kepada laporan isu ladang babi.Menurut portal berita itu, tiga grafik telah tersiar secara silap apabila teks pada grafik tersebut tidak sepadan dengan gambar yang digunakan mahupun keterangannya, sedangkan ia dimaksudkan untuk laporan berlainan.Dua daripada grafik menggunakan secara salah tajuk artikel Bahasa Melayu mengenai PAU yang akan menjadi platform untuk UMNO menentukan hala tuju parti.Salah satu hantaran yang menimbulkan reaksi melibatkan kandungan menggunakan tajuk berkaitan UMNO yang digunakan secara salah pada grafik bergambar babi di sebuah ladang.Grafik terbabit sebenarnya untuk laporan mengenai isu penternakan babi di Selangor, selaras dengan keterangan berhubung penternakan babi di Tanjung Sepat.Dua daripada grafik itu secara salah menggunakan tajuk artikel Bahasa Melayu mengenai PAU akan menjadi platform untuk UMNO menentukan hala tuju.Salah satu hantaran yang menimbulkan reaksi adalah tajuk berkaitan UMNO yang digunakan secara salah pada grafik gambar babi di sebuah ladang.Grafik kedua secara salah menggunakan tajuk mengenai UMNO adalah untuk artikel perkongsian pengalaman pegawai Kor Perkhidmatan Islam Angkatan Tentera (Kagat) mengenai 'party yeye'.Grafik ketiga yang salah pula menggunakan tajuk mengenai Pas yang mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai imej penasihat DAP Lim Guan Eng.Bagaimanapun, grafik itu dimaksudkan untuk artikel mengenai Guan Eng yang menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Sri Azalina Othman Said untuk campur tangan dalam kes pertuduhan rogol yang diringankan.Malaysiakini memaklumkan kesemua hantaran berkenaan telah dialih keluar.Portal berita itu dalam kenyataannya memohon maaf atas kesilapan tersebut dan memaklumkan semakan dalaman telah dimulakan bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang.Editor Eksekutif Malaysiakini, RK Anand berkata, ia merupakan kesilapan yang amat dikesali."Di Malaysiakini, kami percaya adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mengakui dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya perkara ini," katanya lagi.Justeru, editor Malaysiakini akan hadir ke PAU pada Jumaat untuk bertemu pemimpin parti dan memohon maaf atas kesilapan itu.Pada Rabu, Malaysiakini telah menghubungi Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh untuk memohon maaf dan menyatakan niat mereka untuk berjumpa sendiri pemimpin parti itu dan memohon maaf.Terdahulu, media melaporkan Akmal memberi tempoh 24 jam kepada Malaysiakini untuk memohon maaf secara bersemuka selepas portal berita itu didakwa menyiarkan imej babi dengan kapsyen mengenai PAU 2025.Beliau menuntut wakil portal berita berkenaan untuk datang memohon maaf sendiri di PAU yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bermula Rabu hingga Sabtu ini.