Tender perolehan Mindef: SPRM rampas aset bernilai RM4.7 juta

PUTRAJAYA - Aset bernilai RM4.7 juta dirampas termasuk pembekuan akaun syarikat berhubung kes rasuah membabitkan pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkaitan perolehan pembekalan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rahsuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, rampasan itu melibatkan sitaan kenderaan, wang tunai, emas serta pembekuan beberapa akaun syarikat dan peribadi bagi membantu siasatan kes tersebut."Sitaan kenderaan melibatkan dua kenderaan mewah iaitu Mercedes A180 class dan Toyota Vellfire, satu Proton Iriz serta dua motosikal Yamaha Xmax 250 dan Honda Adv 150," katanya dalam sidang akhbar khas di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Khamis.Azam berkata, pihaknya turut menyita wang tunai berjumlah RM1.3 juta serta mata wang asing berjumlah RM721,000."Selain itu, sitaan emas melibatkan 66 plat emas seberat 2.49 kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM1.7 juta," katanya.