Kes subahat rasuah RM2.8 juta terhadap Zizie Izette diteruskan

KUALA LUMPUR – Balu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette A Samad gagal dalam permohonannya untuk mengugurkan representasi kes subahat rasuah berjumlah RM2.8 juta.Semasa prosiding Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How berkata, pendakwaan telah memperoleh representasi daripada pihak pembelaan yang mewakili Zizie Izette, 48.Menurutnya, pembelaan memohon kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya tiga dihadapinya digugurkan."Representasi itu telah ditolak, jadi saya mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk perbicaraan kes berkenaan," katanya.Sementara itu, peguam Teh See Khoon yang mewakili Zizie Izette memohon supaya tarikh perbicaraan baru ditetapkan pada 5, 6 dan 12 Mac ini."Tarikh-tarikh berkenaan telah dipersetujui oleh semua pihak," katanya.Susulan itu, Hakim, Rosli Ahmad menetapkan tarikh sebagai mana dipersetujui pendakwaan dan pembelaan.Pada Jumaat, bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dilepas dan dibebaskan (DNAA) atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.Rosli memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak berhasrat untuk meneruskan pendakwaan terhadap Bung Moktar selepas dia yang juga tertuduh pertama meninggal dunia pada 5 Disember tahun lalu.Dalam prosiding tersebut, peguam, Ashok Athimulan hadir bagi mewakili bekas Pengerusi BN Sabah berkenaan.Bekas Ketua UMNO Sabah itu disahkan telah meninggal dunia pada jam 1.46 pagi 5 Disember 2025 lalu.Pemergian ahli politik berusia 66 tahun itu disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan menerusi hantaran di Facebooknya.Bung Moktar sebelum itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.Pada 3 Mei 2019, Zizie Izette mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya, memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.Bagi pertuduhan pertama, Zizie Izette didakwa bersubahat dengan Bung Moktaryang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad, dengan memperoleh suapan wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, 38 tahun.Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi suaminya mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad, di mana kesalahan itu dilakukan hasil daripada persubahatan tertuduh.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, di sini antara jam 12.30 tengah hari dan 5.00 petang pada 12 Jun 2015.Bagi pertuduhan kedua, wanita itu didakwa bersubahat dengan Bung Moktar dengan memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama tertuduh bagi tujuan serupa.Zizie Izette juga dituduh bersubahat dengan Bung Moktar dengan memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama tertuduh bagi tujuan yang sama.