M Ravi dilantik Ketua Polis Daerah KLIA baharu

SEPANG - Asisten Komisioner M Ravi dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA baharu pada Jumaat.Beliau menggantikan Senior Asisten Komisioner Azman Shari'at yang dinaikkan pangkat menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompentensi) Bukit Aman.Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dan turut dihadiri pegawai kanan serta warga polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) KLIA.Menurut Shazeli, warga kerja Polis Selangor berkeyakinan tinggi di atas kemahiran dan kemampuan ketua polis daerah yang baharu ini dalam meneruskan kesinambungan dan penambahbaikan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA."Ini demi menjaga ketenteraman awam khususnya kompleks dan Terminal KLIA."Saya juga seru masyarakat bersama membantu Ketua Polis Daerah baharu agar dapat beri outcome dan perkhidmatan kepada semua," katanya kepada pemberita di IPD KLIA di sini pada Jumaat.Tambah Shazeli, tahniah di atas pelantikan dan pemakaian pangkat ketua polis daerah baharu ini."Ini bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi satu amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan," ujarnya.Sementara itu, M Ravi berkata, diharap rakan media memberi kerjasama baik dengan pihak polis dalam menyiarkan berita yang sahih dan mendapatkan pengesahan berkenaan berita palsu."Rakan media boleh mengesahkan dengan pihak polis sebelum menyiarkan sebarang berita," ujarnya.