KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar segelintir pihak yang memanipulasi slogan ‘No Anwar, No DAP’ untuk menunjukkan seolah-olah parti itu mencabuli keputusan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) mengenai kerjasama politik mereka.Ahmad Zahid menegaskan, sedangkan slogan ‘No Anwar, No DAP’ berkenaan dibuat sebagai pendirian untuk UMNO bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu."Kita tidak pernah mengorbankan manifestasi perjuangan parti kita, malah ‘No Anwar, No DAP’ suatu ketika dahulu menjadi ‘mantera’ untuk membenarkan seolah-olah kita mencabuli keputusan yang dibuat di dalam PAU," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO pada PAU 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Jumaat.AKAN MENYUSUL