Semua keputusan perolehan ATM, PDRM terkait isu rasuah dibekukan sementara - Anwar

KUALA LUMPUR - Semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada."Saya berterima kasih kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, atas kenyataan yang sangat jelas berkenaan perkara ini."Kita akan ambil perhatian dan menunggu laporan untuk meneliti sebarang kelompongan atau kelemahan dalam sistem perolehan, supaya proses dipatuhi sepenuhnya," katanya.Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju di sini pada Jumaat. - Bernama