Geng pukau warga Iran tumpas

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan 'geng pukau' melibatkan tangkapan empat warga Iran di sebuah kondominium di sini, Isnin lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.Menurutnya, semakan mendapati dua daripada suspek ialah adik-beradik, manakala dua lagi mempunyai hubungan persaudaraan."Taktik geng ini ialah berinteraksi dengan mangsa sebelum mangsa tiba-tiba dipercayai menjadi khayal sebelum barang berharga diambil suspek."Ada empat kes setakat ini dikenal pasti dan terbaharu berlaku 9 Januari lepas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini pada Jumaat.Pada majlis itu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud dilantik Ketua Polis Daerah Cheras baharu menggantikan Senior Asisten Komisioner Aidil Bolhassan.Mengulas lanjut, Fadil berkata, semakan awal mendapati suspek memasuki Malaysia pada Jun tahun lalu.Menurut beliau, berdasarkan laporan, anggaran kerugian dialami mangsa termasuk warga asing dan tempatan melebihi RM30,000."Kesemua suspek masih dalam tempoh reman dan dijangka dituduh minggu depan," ujarnya.Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan.