KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara (BSN) terus komited memperkasa pembangunan seni visual negara dengan menganjurkan Pameran Spatial Creative – Ceramic Zone dan Pameran Asal Tanah yang berlangsung hingga 30 April depan di Galeri Aras 1 dan Galeri 2B, Balai Seni Negara.Pameran berkenaan dianjurkan bagi menyediakan pengalaman seni yang bermakna dan berkualiti kepada pengunjung, selain mengangkat potensi seni seramik kontemporari tempatan.Majlis perasmian pameran yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot itu turut dihadiri Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad, Pegawai Kanan MOTAC, wakil jabatan dan agensi, para seniman tanah air serta rakan kerjasama.Pameran ini menampilkan 39 karya seramik merangkumi seni seramik artistik, pottery, tableware dan arca yang menggambarkan kepelbagaian teknik, kreativiti serta pendekatan artistik para seniman.Karya berkenaan merupakan hasil Program Residensi Spatial Creative – Ceramic Zone (SCCZ) yang berlangsung dari 22 hingga 30 Oktober 2025, membabitkan 10 seniman daripada pelbagai latar belakang.Antara seniman terlibat ialah Amy Nazira, Sabri Idrus, Saiful Razman, S Amin Shahab, Bone Alfie, Shafiq Nordin, Amer01, Khairul Izzuddin, Kenji Chai dan Tan Kai Sheuan.Program residensi itu dirangka sebagai platform intensif yang memberi peluang kepada seniman berkarya secara langsung di studio profesional dengan bimbingan artis dan pakar seramik berpengalaman.Ia dijalankan di tiga lokasi utama pembuatan seramik iaitu BK Art Studio di Kuala Kangsar, Perak; Ilham Ceramic Studio di Langkawi, Kedah; serta Sari Chempaka Art Village di Karak, Pahang.Antara tenaga pengajar terlibat ialah Mohammad Radzi Ismail, Ibrahim Mohd Don @ Dun dan Muhammad Aimanuddin Kasman.Melalui pendekatan praktikal dan dialog kritikal, para seniman berjaya menghasilkan karya baharu sambil memperkukuh pemahaman mengenai hubungan antara bentuk, fungsi dan ruang dalam rekaan seramik.Selain meningkatkan kemahiran teknikal, program ini turut memperluas jaringan antara seniman pelbagai generasi serta komuniti seramik tempatan, sekali gus membuka ruang kolaborasi dan pertukaran idea berterusan.Penganjuran residensi itu turut dimeriahkan dengan Pameran Asal Tanah yang menampilkan 83 karya seramik, termasuk daripada Koleksi Seni Visual Negara serta seniman jemputan.Antaranya melibatkan seniman Persatuan Seni Seramik Perak (PERSERA) serta hasil kolaborasi menerusi program outreach iaitu After Monsoon Project bersama komuniti di Pantai Pulau Kundur, Kelantan.Program ini diharap menjadi pemangkin kepada perkembangan ekosistem seni seramik di Malaysia serta mengangkatnya sebagai cabang penting dalam landskap seni kontemporari negara.Ia turut menzahirkan elemen daya cipta dalam teras Malaysia MADANI, selain membuka peluang pekerjaan dan menjana ekonomi dalam kalangan penggiat seni tempatan.Orang ramai dijemput mengunjungi Pameran Spatial Creative – Ceramic Zone dan Pameran Asal Tanah sehingga 30 April 2026.Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi media sosial rasmi Balai Seni Negara atau laman sesawang www.artgallery.gov.my.