KUALA LUMPUR - Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan ditahan polis awal pagi ini susulan soalan kontroversi yang dikemukakannya dalam satu wacana awam pada Isnin lalu, menurut laporan FMT.Rex, 31, yang meletakkan jawatan pagi semalam, ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi.Peguamnya, Rajsurian Pillai mengesahkan penahanan itu dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, dengan siasatan difahamkan dikendalikan oleh Bukit Aman.Wacana awam itu bertajuk "Gaza Exposes the Complicity of International Actors" yang menampilkan ahli politik Britain, George Galloway.Susulan kecaman meluas di media sosial, Rex tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui gagal mengambil kira kesesuaian soalan dengan wacana itu serta mengemukakannya tanpa pertimbangan mencukupi terhadap sensitiviti isu berkenaan.Rex juga mengakui gagal memenuhi tahap profesionalisme yang diharapkan daripada seorang wartawan dan merayu orang ramai agar tidak menyerang FMT Media serta ahli keluarganya. - Awani