Lelaki maut ditembak enam das depan kedai

NIBONG TEBAL - Seorang lelaki maut selepas ditembak dalam kejadian di hadapan sebuah premis cuci kenderaan di Jalan Besar Permatang Keling di sini, pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam, mangsa berusia 38 tahun yang dipecayai pemilik premis berkenaan dikatakan sedang berada di hadapan premis berkenaan sebelum dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal.Suspek dikatakan melepaskan lebih enam das tembakan ke arah mangsa hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.Difahamkan, mangsa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar bagi mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.Bagaimanapun, lelaki itu dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian.Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan dan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian ini dalam masa terdekat.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.