Art Market Malaysia kutipan RM20,000 melalui lelongan seni amal

KUALA LUMPUR - Art Market Malaysia berjaya mengumpul RM20,000 jumlah jualan menerusi penganjuran lelongan seni amal pertamanya di Pavilion Damansara Heights.Penganjuran lelongan lukisan itu bertujuan mengutip dana bagi membantu dua pertubuhan bukan kerajaan  (NGO) yang menggabungkan nilai seni dan kemanusiaan dalam satu program amal.Menurut Pengasas Art Market Malaysia, Rita Hatta ini merupakan acara lelongan pertama sejak ia ditubuhkan pada November 2014.Walaupun masih hijau, namun Art Market Malaysia banyak membantu pelukis-pelukis amatur dan semi profesional (artis) memasarkan karya mereka."Penganjuran lelongan seni amal ini bukan sekadar acara jualan, tetapi merupakan satu inisiatif yang lahir daripada keprihatinan kami terhadap kedudukan artis-artis yang sering berada di luar radar pasaran arus perdana."Melalui program ini, kami berjaya mengutip dana untuk disalurkan kepada dua NGO (tempatan dan antarabangsa iaitu Doktor Tanpa Sempadan - Doctors Without Borders)," katanyaJelas beliau lagi, sebanyak 50 unit karya seni dilelong dan lapan daripadanya berjaya terjual, membuktikan masih wujud sokongan dan minat terhadap karya artis tempatan.Antara karya pelukis berjaya dijual karya mereka ialah Adam Haris, Khalidah Asri, Nazarsham dan Joyce, yang mewakili kelompok artis amatur, semi profesional serta bakat baharu."Kami percaya bahawa dengan menyediakan ruang yang inklusif, beretika dan tersusun, artis-artis ini mampu menembusi pasaran dan membina keyakinan untuk terus berkarya secara berterusan."Art Market Malaysia diasaskan dengan kepercayaan bahawa seni tidak seharusnya bersifat eksklusif atau terhad kepada nama-nama besar sahaja."Ramai artis amatur dan semi profesional menghasilkan karya yang berkualiti, namun berdepan kekangan dari segi akses pasaran, rangkaian pengumpul (collector) dan peluang pendedahan.Kata Rita, melalui penganjuran lelongan dan jualan seni seperti ini, pihaknya berusaha menyediakan platform yang selamat, beretika dan bermaruah untuk mereka memperkenalkan hasil karya kepada khalayak yang tepat."Pada masa sama, kami ingin membuktikan bahawa seni juga mampu digabungkan dengan nilai kemanusiaan dan kebajikan.Walaupun ini adalah penganjuran pertama dan berskala sederhana, sambutan yang diterima memberi isyarat positif bahawa masyarakat bersedia menyokong seni tempatan apabila diberikan ruang dan konteks yang sesuai."Kami melihat ini sebagai langkah awal kepada usaha jangka panjang untuk membina ekosistem seni yang lebih mampan dan berperikemanusiaan," ujar Rita Hatta.Beliau turut memaklumkan bahawa Art Market Malaysia merancang untuk menganjurkan jualan seni eksklusif di Parlimen sama ada pada Februari atau Mac depan, selama empat hari, melibatkan pameran dan jualan sebanyak 100 unit karya seni.Sementara itu bagi artis yang berjaya menjual lukisan masing-masing dalam acara lelongan ini, mereka melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada para pembida."Saya berharap lebih banyak jualan lelong seumpama ini dapat diadakan di masa akan datang. Ia membantu pelukis atau artis lebih gigih berkarya dan menghasilkan karya yang lebih bermutu," ujar T. Syed Muhammad yang berjaya menjual karyanya yang bertajuk Rise of Straits Malacca.  Pandangan tersebut turut disokong oleh seorang lagi pelukis, Adam Haris Othman yang berjaya menjual lukisannya yang bertajuk Tiger Eye."Sebagai pelukis amatur yang baru mencari tapak dalam bidang ini, saya sangat berbesar hati dapat menjual lukisan saya. Saya seorang peminat haiwan liar iaitu harimau, jadi karya saya bertajuk Tiger Eye menonjolkan sisi kecantikan mata harimau seperti permata yang bersinar."Lukisan ini dihasilkan pada tahun 2024, beberapa bulan selepas saya berhenti kerja di firma guaman," ujar Adam Haris.Sementara itu Pengarah Artistik Opera d’Arte, Datin Wira Nurina Norman yang berjaya menjual karyanya bertajuk Midnight Dream berharap lebih ramai orang sedar tentang kepentingan seni tampak di Malaysia."Karya lukisan sebenarnya mencerminkan kekuatan budaya dan aspirasi rakyat sesebuah negara. Jadi saya amat berharap lebih banyak badan korporat dan individu yang berminat dengan seni tampak di negara ini menyokong jualan atau lelongan karya seni seperti anjuran Art Market Malaysia ini," jelasnya.