UMNO terima banyak permohonan kembali ke parti - Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR - UMNO menerima banyak permohonan daripada pihak lain yang ingin kembali bersama parti.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagaimanapun sebarang keputusan muktamad akan dibuat berdasarkan resolusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 serta perincian daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi."Saya sebagai Setiausaha Agung boleh beritahu bahawa kita menerima ramai permohonan. Kita tunggu jawapan pergulungan bila presiden telah jemput dalam ucapan dasar berkenaan dengan penubuhan Jawatankuasa Rumah Bangsa dan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa."Paling penting apa resolusi yang dapat dicapai dalam PAU kali ini. Itu salah satu," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Persidangan PAU 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, pada Sabtu.Tambah Asyraf Wajdi, parti meraikan dan terbuka kepada semua pihak."Kita memang meraikan semua tapi bukan saya menentukan siapa yang diterima atau tidak."Jika kita fahami ucapan dasar presiden, rumah ini sentiasa terbuka kerana semuanya berasal daripada rahim UMNO," ulasnya.Beliau memberitahu, UMNO tidak menetapkan sebarang syarat atau kaedah khusus bagi kemasukan semula individu ke dalam parti menerusi penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa.