KEHILANGAN pelakon Nadiah Kasumawati Abdul Karim atau lebih dikenali Nadia Kesuma menjadi tanda tanya ramai.Bintang filem Syaitan Munafik dan Kudeta itu dilaporkan gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.Ikuti kronologi kes kehilangan Nadia Kesuma;14 Januari 2026- Pelakon, Nadia Kasumawati Abdul Karim, 50, menyertai kumpulan umrah dan ziarah anjuran sebuah agensi pelancongan bersama 21 peserta lain, bermula 14 hingga 28 Januari ini.-Nadia Kesuma sepatutnya meneruskan penerbangan ke London selepas transit di Jeddah selama beberapa jam, namun tidak muncul ketika jemaah lain berkumpul untuk meneruskan perjalanan.15 Januari 2026- Nadia Kesuma gagal dihubungi oleh ahli keluarga setelah berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Jeddah Arab Saudi lebih kurang 12.30 pagi.- Pelakon berkenaan langsung tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesej selepas dilaporkan tidak menaiki penerbangan seterusnya dari Jeddah.-Suami terima panggilan daripada agensi pelancongan yang memaklumkan Nadia Kesuma tidak menaiki penerbangan.-Terima mesej daripada agensi pelancongan dan mutawwif, memaklumkan Nadia Kesuma tidak berada dalam penerbangan.-Tiada sebarang balasan mesej ketika dihubungi.-Anak Nadia Kesuma menggunakan aplikasi penjejak yang menunjukkan telefonnya masih berada di kawasan lapangan terbang berkenaan, namun baterinya semakin lemah.16 Januari 2026- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan dibuat ahli keluarga Nadia Kesuma yang dilaporkan gagal dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah, Arab Saudi. Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA lebih kurang jam 12:26 tengah hari.-Agensi pelancongan, Nuh Travel & Tours Sdn Bhd (Nuh Travel) dalam kenyataan memaklumkan, kehilangan Nadia Kesuma disedari apabila beliau tidak menaiki penerbangan sambungan dari Jeddah ke London semasa transit bagi pakej Umrah Ziarah London–Paris yang disertainya.-Pihak Nuh Travel segera melaksanakan tindakan kecemasan dengan menggerakkan usaha pencarian secara menyeluruh.-Pasukan petugas Nuh Travel hadir sendiri ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, selain bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang, pihak Muasasah dan Konsulat Malaysia di Jeddah bagi mendapatkan maklumat lanjut serta menjejaki keberadaan Nadia.-Pihak Nuh Travel akan membuat laporan polis di Jeddah bagi membolehkan tindakan pencarian dan siasatan dijalankan melalui saluran perundangan tempatan-Nuh Travel akan terus berhubung dan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan termasuk dari aspek keselamatan dan operasi di lapangan terbang bagi memastikan proses pengesanan dapat dijalankan secara lebih teratur serta berkesan.17 Januari 2026-Suami kepada pelakon Nadia Kesuma, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, merayu kerajaan Malaysia segera menggerakkan usaha diplomatik dengan kerajaan Arab Saudi bagi mempercepatkan proses pencarian isterinya.-Ahli keluarga Nadia Kesuma telah membuat laporan kepada Wisma Putra dan Konsulat Malaysia di Jeddah.-Buat masa ini, suami Nadia Kesuma dinasihatkan agar kekal berada di Malaysia dan tidak terbang ke Jeddah bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap siasatan, selain faktor kekangan bahasa kerana beliau tidak fasih berbahasa Arab.-Kehilangan Nadia Kesuma telah dilaporkan kepada polis Arab Saudi. Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman berkata, laporan mengenai kehilangan pelakon itu telah dibuat dan pihaknya menunggu hasil siasatan polis Arab Saudi.