UMNO tuntut UPSR, PT3 dikembalikan

KUALA LUMPUR - UMNO menuntut Kementerian Pendidikan (KPM) supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dikembalikan semula.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti berkenaan akan memastikan hasrat itu tercapai."Saya mahu sokongan para perwakilan supaya perkara ini diterapkan dalam Majlis Peperiksaan dan kita beri tanggungjawab ini kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir," katanya ketika menggulung ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Sabtu.AKAN MENYUSUL