KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan sokongan parti terhadap Kerajaan Perpaduan berkekalan.Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, beliau memahami keresahan sesetengah ahli dengan kerjasama berkenaan."Kalau kita mengadakan perbincangan sesama parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengadakan permukiman sesama mereka. Perdana Menteri selaku Presiden PKR juga ditekan oleh ahli-ahlinya."Walaupun saya tidak hadir dalam permukiman itu kerana saya bukan ahli tetapi saya dapat tahu Presiden PKR memberitahu ahli-ahlinya kita (PKR) tidak boleh minta semua dan beliau tidak mahu beri semua kerana ada 17 parti yang ada dalam kerajaan sekarang," katanya ketika menggulung ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Sabtu.AKAN MENYUSUL