PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam

KUALA LUMPUR, 17 Jan – UMNO akan mengambil langkah proaktif untuk mewujudkan satu kolaborasi agung melibatkan semua parti politik Melayu-Islam bagi menyatukan pemikiran serta gerak kerja dalam mempertahankan agenda Melayu dan Islam. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan penubuhan kolaborasi tersebut telah diterima dan dipersetujui oleh perwakilan menerusi usul dibentangkan pada Persidangan Agung UMNO (PAU), selaras [...]