Jenazah Nadia Kesuma akan dikebumi di Jeddah

SHAH ALAM - Suami dan anak perempuan Allahyarham Nadia Kesuma akan berangkat ke Jeddah pagi ini bagi mengikuti perkembangan terkini berhubung pelakon itu.Memetik laporan Kosmo!, perkara tersebut disahkan sendiri oleh suami Allahyarham Nadia, Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah kepada rakan perniagaannya, Jasmin Hajar."Kak Nadia sudah meninggal dunia. Suaminya memberitahu mengenai perkara itu tadi selepas dimaklumkan oleh pihak Wisma Putra."Jenazah Kak Nadia akan dikebumikan di sana (Jeddah). Dia memang selalu menginginkan untuk ke sana."Mereka akan bertolak ke Jeddah pagi ini dan jenazah kini berada di Hospital King Fahad," katanya.Sebelum ini, anak perempuan Allahyarham Nadia memaklumkan bahawa ibunya meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu menerusi laman Threads.Terdahulu, Nadia dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya dari Kuala Lumpur ke London yang transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.Menurut agensi Nuh Travel, Nadia, atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, merupakan salah seorang jemaah yang menyertai Pakej Umrah Ziarah London dan Paris bersama 21 jemaah lain.