Penyokong anjur solat hajat perdana buat Najib

KUALA LUMPUR - Majlis Solat Hajat Perdana Demi Najib 3.0 yang dianjurkan pada Sabtu merupakan usaha kerohanian untuk memohon keadilan dan rahmat ALLAH SWT buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Selain solat hajat, majlis tersebut menampilkan empat penceramah jemputan yang menyampaikan ucapan dan tausiyah berkaitan sumbangan serta peranan signifikan Najib dalam landskap politik negara.Penceramah, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud berkata, Najib wajar diberikan ruang sewajarnya untuk bersama kepimpinan dan akar umbi UMNO serta Barisan Nasional (BN), khususnya dalam mendepani cabaran politik semasa termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor"Najib merupakan aset strategik dan ramuan terbaik kepada kebangkitan semula UMNO dan BN."Pengalaman luas, kepimpinan berwibawa serta pengaruh beliau terbukti mampu menyatukan parti dan mengembalikan keyakinan pengundi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Selain Mohd Shafiq, majlis itu turut disertai tiga penceramah lain iaitu Yuktes Vijay, Zee How Tai dan Mohd Shukri Samsudin..Dalam pada itu, kesemua penceramah sepakat bahawa Najib masih menggunakan saluran perundangan yang sah untuk mendapatkan keadilan, termasuk mengemukakan representasi dan permohonan semakan mengikut peruntukan undang-undang dibenarkan."Tuntutan keadilan bukan bertujuan mencabar institusi kehakiman, sebaliknya menekankan kepentingan prinsip perbicaraan adil, ihsan dan kebijaksanaan dalam pelaksanaan hukuman selaras jaminan Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.