Penemuan mayat wanita di Pantai Pengerang tiada unsur jenayah

KOTA TINGGI – Polis mengesahkan kematian seorang wanita yang ditemukan terdampar di kawasan Lubuk Sepang, Bayu Damai, Pengerang pada Sabtu tidak mempunyai unsur jenayah.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat lemas."Kita percaya mangsa adalah warga asing memandangkan tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-Guérin (BCG) pada lengan mangsa."Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan identiti mangsa serta kewarganegaraannya masih belum dapat dipastikan," katanya pada Ahad.Terdahulu pada Sabtu, mayat seorang wanita dengan kesan kecederaan pada bahagian paha kanan ditemukan di pantai berhampiran Lubuk Sepang, Bayu Damai, Pengerang.Maklumat berhubung penemuan wanita terdampar dipercayai lemas di kawasan berkenaan diterima daripada orang awam pada kira-kira jam 10.40 pagi.