IPOH - Seorang wanita warga Taiwan maut dipercayai akibat lemas semasa melakukan aktiviti snorkeling di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor pada Ahad.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, mangsa yang berusia 72 tahun itu ditemukan oleh seorang pemandu pelancong dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari."Mangsa dipercayai sedang melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Giam bersama ahli keluarganya yang lain," katanya ketika dihubungi malam Ahad.Hasbullah berkata, mangsa akan menjalani proses bedah siasat esok di Hospital Seri Manjung dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). - Bernama