KUALA LUMPUR, 19 Jan – Wakil Melaka Datuk Mustafa Musa menyeru parti membuka seluas-luasnya pintu kepada bekas ahli atau sesiapa sahaja yang mahu masuk ke Rumah Bangsa yang diperkenalkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Walaupun begitu ujar Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka itu, ia mestilah disertakan dengan syarat yang tertentu bagi menjaga keharmonian rumah tersebut. [...]