CCTV dedah detik akhir Nadia Kesuma rebah, jenazah dikebumikan di Jeddah selepas Subuh

SHAH ALAM - Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah memaparkan detik mencemaskan apabila pelakon, Nadia Kesuma rebah secara tiba-tiba sebelum dikejarkan ke hospital.Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, hasil semakan CCTV oleh pihak berkuasa lapangan terbang, Allahyarham rebah akibat serangan jantung pada Khamis lalu."Arwah meninggal dunia sekitar jam 8.07 pagi (15 Januari 2026), jenazah kini berada di King Fahad Hospital Jeddah."Seniman mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri atas keprihatinan pihak Wisma Putra membantu memudahkan pelbagai perkara terkait isu ini."Puan Nadia Kesuma adalah ahli yang sangat aktif, rajin, berdedikasi serta mesra dengan semua orang, pemergiannya adalah satu kehilangan yang akan pasti dirindui oleh seluruh ahli Seniman," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Sementara itu, menerusi hantaran Facebook suami Allahyarham, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan yang kini berada di Jeddah memberitahu, jenazah Nadia atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim sudah diuruskan untuk pengebumian."Jenazah Allahyarham sudah dimandikan oleh anak kami, Sarah dan kawan arwah."Jenazah juga sudah disembahyangkan dengan diimamkan oleh saya sendiri, Alhamdulillah."Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh waktu Jeddah," kongsinya.Terdahulu, media melaporkan Allahyarham tidak dapat dijejaki selepas tiba di lapangan terbang Jeddah dalam atas urusan umrah ziarah sebelum ke London dan Paris.Nadia menyertai pakej Umrah-London–Paris di bawah sebuah agensi pelancongan bersama 21 jemaah lain berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.48 pagi Selasa lalu.Allaharyam meninggalkan tiga cahaya mata berusia antara 11 hingga 15 tahun.