KUALA LUMPUR, 20 Jan – Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan membincangkan mengenai prestasi pertumbuhan ekonomi tahun 2025 serta pendirian Malaysia sebagai negara berkecuali. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) meminta Perdana Menteri menyatakan faktor yang menyumbang kepada prestasi pertumbuhan ekonomi 2025 yang dijangkakan akan mengatasi unjuran antara empat hingga 4.8 peratus [...]