Ada sesuatu yang istimewa tentang makanan di Malaysia. Ia hadir dalam detik paling sederhana; masakan ibu di dapur, hidangan panas ketika sahur atau semangkuk mi yang dikongsi bersama rakan selepas seharian bekerja.Dalam setiap suapan, tersimpan kenangan, budaya dan rasa kebersamaan. Inilah realiti kehidupan yang sentiasa difahami oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB), sebuah jenama yang bukan sekadar menghasilkan makanan, tetapi telah lama menjadi sebahagian daripada cerita rakyat Malaysia.Sejak beberapa dekad lalu, AMB membesar bersama masyarakat tempatan, memahami bahawa makanan yang baik bukan hanya tentang rasa, tetapi tentang bagaimana ia menyokong kehidupan yang lebih sihat dan seimbang.Berpaksikan falsafah ‘Makan Sihat, Hidup Sihat’, AMB percaya bahawa menjaga kesihatan tidak perlu mengorbankan kenikmatan hidangan yang sudah sebati dengan jiwa dan budaya.Kepercayaan adalah asas kepada setiap hubungan jangka panjang. Pada tahun 1965, AMB mencipta sejarah sebagai syarikat Jepun pertama memperoleh pensijilan Halal iaitu satu keputusan yang lahir daripada rasa hormat terhadap nilai, kepercayaan dan cara hidup masyarakat di Malaysia.Komitmen ini terus dipelihara sehingga hari ini, bukan sahaja di dalam negara, malah merentasi 36 negara di seluruh dunia, termasuk Timur Tengah, dengan lebih 40 tahun pengalaman menyediakan penyelesaian makanan Halal yang diyakini.Bagi AMB, kebahagiaan sering bermula di dapur. Visi syarikat, ‘Membawa Kebahagiaan dengan Cita Rasa yang Menyatukan, Menginspirasi Kreativiti Makanan dalam Kehidupan Anda’, dizahirkan melalui usaha membantu masyarakat memasak dengan lebih yakin, kreatif dan seimbang.Dengan sokongan kepakaran global Kumpulan Ajinomoto dalam AminoScience, AMB membangunkan produk yang meningkatkan kelazatan hidangan sambil menyokong pemakanan yang lebih sihat.Inisiatif seperti Smart Salt melalui penggunaan Penambah Perasa AJI-NO-MOTO® membuka ruang kesedaran bahawa rasa lazat dan pengurangan garam boleh bergerak seiring.Melalui program hidangan seimbang, AMB mengajak rakyat Malaysia membuat perubahan kecil yang realistik iaitu bermula dari dapur sendiri demi kesihatan jangka panjang.Di peringkat antarabangsa, pendekatan yang sama dibawa dengan penuh tanggungjawab.Dengan pematuhan ketat terhadap piawaian Halal serta kefahaman mendalam terhadap budaya makanan tempatan dan serantau, AMB diiktiraf sebagai rakan penyelesaian makanan halal yang praktikal dan relevan.Setiap penyelesaian dibentuk dengan menghormati tradisi, sambil menyesuaikan diri dengan keperluan pemakanan moden.Komitmen ini selari dengan Visi 2030 Kumpulan Ajinomoto, yang menyasarkan pengurangan impak alam sekitar sebanyak 50 peratus serta usaha memanjangkan jangka hayat sihat bagi satu bilion orang di seluruh dunia.Di Malaysia, AMB memahami bahawa perjalanan ke arah gaya hidup sihat bukanlah sesuatu yang drastik, tetapi proses berperingkat yang memerlukan sokongan, pengetahuan dan keyakinan.Melalui penambahbaikan nutrisi produk, perkongsian ilmu memasak, panduan nutrisi sukan serta pelbagai program komuniti, AMB terus mendekati masyarakat dengan pendekatan yang praktikal dan inklusif.Inisiatif seperti Projek Smart Salt, Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji®, kerjasama bersama atlet kebangsaan melalui The Ajinomoto Malaysia VICTORY PROJECT serta program pendidikan menerusi Kerjasama Science Castle menjadi bukti bahawa kesejahteraan bukan sekadar janji, tetapi usaha berterusan.Bagi AMB, kesejahteraan menjadi lebih bermakna apabila ia dikongsi. Melalui program sekolah, bantuan makanan, bengkel pembangunan kemahiran dan kerjasama jangka panjang bersama komuniti, syarikat ini berusaha memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat.Ini kerana dalam budaya Malaysia, kebaikan yang dikongsi sentiasa memberi makna yang lebih mendalam.Hari ini, melalui rangkaian produk bersijil Halal, penyelesaian inovatif dan pendekatan berteraskan pendidikan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad terus mengajak rakyat Malaysia membuat pilihan pemakanan yang lebih sihat setiap hari.Tanpa paksaan, tanpa perubahan drastik tapi hanya kesedaran kecil yang lahir daripada rasa prihatin terhadap diri dan keluarga.Berteraskan AminoScience, AMB kekal komited menyumbang kepada kesejahteraan manusia, masyarakat dan planet.Ini kerana bagi Ajinomoto Malaysia, hidup yang baik tidak bermula dengan kesempurnaan — ia bermula dengan pilihan yang dibuat dengan hati.‘Dan setiap perjalanan yang baik, sentiasa bermula dengan pemakanan yang baik’.