SHAH ALAM - Selepas Datuk Suhaimi Sulaiman secara rasmi menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia pada Jumaat, kini timbul persoalan mengenai siapa yang bakal menggantikan beliau untuk menerajui Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).Suhaimi, 64, yang mula menyandang jawatan itu pada 13 Januari 2023, dikenali sebagai figura berwibawa dalam dunia penyiaran dan media.Beliau dikenali sebagai individu berpengalaman luas dalam industri serta pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Astro Awani.Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan Pengerusi Bernama serta terlibat dalam pelbagai peranan penting dalam media arus perdana Malaysia sebelum ini.Sepanjang tempoh tiga tahun kepimpinannya, Suhaimi dipuji atas usaha memperbaharui kandungan RTM serta mengadaptasi strategi penyiaran dalam era digital bagi memastikan relevansinya bersama perubahan landskap media.Ketika pengumuman pengundurannya dibuat awal bulan ini, Suhaimi berkata, keputusan itu dibuat demi meneruskan fasa baharu dalam kehidupan dan kerjaya setelah perkhidmatan panjangnya dalam media.Sementara itu dalam kalangan pemerhati media, desas-desus kemungkinan individu berpengalaman dalam bidang penyiaran bakal menggantikan Suhaimi sebagai Ketua Pengarah Penyiaran baharu.Bagaimanapun setakat ini, tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan pengumuman mengenai pelantikan dijangka berlaku dalam masa terdekat.