Trump malu besar jika Iran menang Piala Dunia

BAYANGKAN detik ini berlaku di bumi Amerika Syarikat (AS) sendiri di mana sorakan ribuan penyokong memenuhi stadium, lensa global tertumpu ke satu arah dan pasukan yang mengangkat Piala Dunia FIFA 2026 ialah Iran, negara yang selama puluhan tahun dilabel sebagai musuh geopolitik oleh Washington.Jika senario ini menjadi kenyataan, ia akan menjadi tamparan simbolik paling memalukan buat AS, terutama apabila latar belakang hubungan kedua-dua negara sarat dengan tekanan, sekatan dan retorik keras khususnya ketika era pentadbiran Donald Trump.Sebagai salah satu tuan rumah Piala Dunia 2026, AS mahu menonjolkan bahawa kejohanan ini menjadi lambang keterbukaan, kepimpinan global dan keupayaan menganjur acara terbesar dunia.Namun, segalanya boleh berubah jika pasukan Iran muncul sebagai juara, lebih-lebih lagi dalam suasana hubungan diplomatik yang masih dingin.Ketegangan AS–Iran mencapai tahap paling agresif ketika Trump berada di Rumah Putih.Keputusan Washington menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 bukan sahaja mengundang kecaman antarabangsa, malah membuka lembaran baharu konflik terbuka.Dasar "maximum pressure" yang diperkenalkan pentadbiran Trump menyaksikan Iran dikenakan sekatan ekonomi besar-besaran.Nilai mata wang merudum, perdagangan disekat dan ruang pergerakan antarabangsa semakin sempit.Retorik keras turut menjadi makanan harian iaitu Iran digambarkan sebagai ancaman keselamatan global, manakala sebarang kejayaan negara itu sering dipandang sinis.TersentakDalam konteks ini, sukan juga tidak terkecuali. Isu visa, kebimbangan keselamatan dan sentimen politik sering menghantui penyertaan atlet Iran di pentas antarabangsa.Piala Dunia 2026 sejak awal sudah dibayangi persoalan sama, bagaimana AS akan mengurus kehadiran negara yang selama ini dianggap lawan strategik?Sekiranya Iran menjuarai Piala Dunia, mesej yang dihantar ke seluruh dunia sangatlah jelas.Sebuah negara yang ditekan dari segi ekonomi, diplomatik dan politik tetap mampu berdiri megah di pentas paling berprestij dalam sukan paling popular dunia.Ia akan menjadi kemenangan moral yang sukar ditelan Washington.Lebih perit, kejayaan itu berlaku di kejohanan yang dianjurkan sebahagiannya di bumi Amerika sendiri.Segala naratif tentang pengasingan, tekanan dan dominasi kuasa besar seolah-olah dipatahkan oleh 11 pemain di atas padang.Bagi Iran, kejayaan sedemikian akan menyatukan rakyat, mengangkat harga diri nasional dan membuktikan bahawa sekatan tidak mampu memadamkan cita-cita.Piala Dunia 2026 dianjurkan secara bersama oleh AS, Mexico dan Kanada serta berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai melibatkan 48 pasukan dengan membabitkan 104 perlawanan.Perlawanan akhir dijangka berlangsung di Stadium MetLife yang berkapasiti 80,000 penonton terletak di New Jersey, berhampiran New York City.Sebagai rekod, pasukan kebangsaan Iran pada Mac lalu menjadi pasukan keenam layak ke Piala Dunia.TekananPun begitu, penampilan ketujuh dan keempat berturut-turut Iran di Piala Dunia kini berada dalam keadaan genting susulan ancaman peperangan antara negara itu dan AS serta Israel.Situasi semasa menjadikan kemungkinan pasukan kebangsaan Iran dikenali sebagai Team Melli untuk bermain di bumi AS amat tipis.Penggantungan daripada kejohanan satu kemungkinan memandangkan beberapa pasukan sebelum ini dilarang menyertai kejohanan antarabangsa atas dasar negara yang sedang berperang tidak dibenarkan mengambil bahagian.Rusia, misalnya digantung tanpa tempoh oleh FIFA sejak pencerobohan ke atas Ukraine, manakala FIFA dan UEFA turut mengharamkan Yugoslavia daripada bertanding pada era 1990-an akibat konflik di Balkan.Sekiranya Iran dibenarkan menyertai Piala Dunia, mereka berkemungkinan besar akan beraksi tanpa kehadiran penyokong kerana negara itu masih tersenarai dalam senarai larangan perjalanan oleh Trump yang menghalang warganegara tertentu daripada memasuki AS.--------------------------------INFO:Skuad kebangsaan Iran- Gelaran: Team Melli- Ranking Dunia FIFA: 20- Ranking AFC: 2- Iran menjadi pasukan keenam layak ke Piala Dunia 2026 dan kedua dari Asia selepas Jepun- skuad kenalian Amir Ghalenoei itu layak ke Piala Dunia dengan keputusan konsisten dan rekod tanpa kalah dalam perlawanan penting kelayakan AFC- Penyertaan di Piala Dunia 2026 masih kabur kerana FIFA dikatakan sedia mempertimbangkan penggantungan Iran atas alasan faktor keselamatan di negara penganjur iaitu AS