Pelaburan Teknologi Tinggi RM900 Juta Lonjak Johor Ke Tahap Industri Global

JOHOR BAHRU, 23 Feb – Johor terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama industri berteknologi tinggi apabila menerima pelaburan strategik bernilai RM900 juta daripada Longda Group, syarikat global dalam rantaian bekalan industri aeroangkasa, tenaga dan kejuruteraan berat. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pelaburan berimpak tinggi itu dijangka mewujudkan lebih 300 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, khususnya kepada anak muda [...]