Lagi kes meninggal dunia dalam kereta

MELAKA - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi Jalan Ong Kim Wee, Gajah Berang di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.10 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri di dalam kenderaan berkenaan."Sepasukan anggota dari Balai Polis Tengkera bersama dengan pegawai penyiasat dan anggota forensik digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut manakala pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Tengkera yang berada di lokasi mengesahkan lelaki berusia 50 tahun itu telah meninggal dunia."Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin. - Bernama