PELAKON Amyza Aznan memohon doa orang ramai untuk anaknya, Andre Mikhail yang mengalami kanser paru-paru tahap tiga.Dalam status penuh emosi yang dimuat naik pada tengah malam Ahad, dia merayu apa sahaja ikhtiar demi kesembuhan anak tersayang selain rawatan perubatan yang sedang dijalankan pihak hospital.Menerusi hantaran di Insta Story, ibu kepada tiga cahaya mata itu meluahkan rasa cemas apabila doktor memaklumkan keadaan anaknya yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur perlu permantauan ahli keluarga."Assalamualaikum, kepada rakyat Malaysia, saya ibu kepada Andre Mikhail sekarang berada di hospital. Tolong doakan anak saya."Kepada sesiapa yang pandai tolong ikhtiarkan dengan apa sahaja perubatan. Tolong."Sesiapa yang pandai perubatan jarak jauh ke apa saya perlukan bantuan anda sekarang."Doktor minta keluarga stand by. Ya ALLAH tolonglah kepada sesiapa yang bijak dalam bidang selain hospital. Tolong saya malam ini," rayunya pada jam 11.58 malam.Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai pengikut dan rakan selebriti yang turut menitipkan doa agar keadaan anaknya dipermudahkan.Terdahulu, Amyza turut berkongsi ucapan ulang tahun penuh menyentuh hati buat anak sulungnya itu, yang kebetulan menyambut hari lahir."Selamat ulang tahun sayang."Duhai anakku Andre Mikhail, anak yang sangat baik. Tidak pernah tinggi suara, tidak pernah berkata tidak kepada mommy, akur dan taat."Terlalu banyak pengorbanan dan kebaikan kamu wahai anak."Sempena hari ini, hari lahir cahaya mata pertama mommy, mommy dan semua mendoakan Mikhail sembuh dengan cepat dan tidak berulang sakit lagi. Hanya takdir yang baik dan gembira sahaja selepas ini ya anak," titipnya.Sebelum ini, dimaklumkan Andre yang masih meneruskan rawatan kemoterapi menunjukkan perkembangan positif.1 Ramadan lalu, Amyza juga berkongsi khabar duka apabila mendedahkan anak keduanya, Adrian pula didiagnosis kanser tulang.Lebih menyentuh hati, berita itu diterima pada bulan kelahiran cahaya matanya dan mengulangi sejarah hitam tahun lalu apabila anak sulungnya, Andre turut disahkan kanser paru-paru tahap tiga pada waktu yang sama. - SinarPlus