Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Lambak

KLUANG - Seorang lelaki meninggal dunia ketika mendaki Gunung Lambak di sini selepas dilaporkan pengsan dan tidak sedarkan diri pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa Loh Yeong Keong, 54, memulakan pendakian jam 11 pagi bersama-sama kakak iparnya berusia 53 tahun."Mangsa pada mulanya pengsan dan tidak sedarkan diri pada tengah hari sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan."Mayat kemudian dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, pemeriksaan tubuh badan mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat dan proses bedah siasat akan dilakukan pagi esok bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang menerima maklumat kejadian itu jam 12.28 tengah hari daripada kakak ipar mangsa sebelum 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saifulfadly Karim berjaya menemui mangsa pada jarak perjalanan kira-kira 1.5 kilometer dari kaki gunung.Ujarnya, PKO memberikan rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan di kepala sebelum membawanya turun ke kaki gunung menggunakan pengusung."Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya selepas disahkan meninggal oleh pegawai perubatan," katanya