Bekas PM 10 Tahun Tidak Boleh Dilantik Semula Selepas RUU Lulus

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Bekas Perdana Menteri yang mempunyai rekod perkhidmatan selama 10 tahun sebelum ini tidak boleh dilantik semula apabila Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri diluluskan Dewan Rakyat dan dikuatkuasakan kelak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata RUU itu memperuntukkan tempoh perkhidmatan bagi mana-mana Perdana [...]