47 kes Yayasan Akalbudi: Zahid tiba di mahkamah

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bagi permohonan untuk dibebaskan sepenuhnya (DNA) daripada 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.Presiden UMNO berusia 73 tahun berkenaan memakai kot berwarna hitam, tiba jam 8.55 pagi dengan ditemani penyokongnya. Berdasarkan sistem kehakiman, prosiding pendengaran permohonan dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi di hadapan Hakim Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor.Ia akan dimulakan dengan hujahan daripada peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Presiden UMNO berusia 73 tahun berkenaan, iaitu faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh mahkamah, bagi membolehkan anak guamnya selaku pemohon diberi perintah DNA. Prosiding seterusnya akan beralih kepada hujahan daripada pihak pendakwaan selaku responden.