KUALA LUMPUR, 24 Feb – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abd Rahman menzahirkan penghargaan dan rasa bangga terhadap komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh kepimpinan serta ahli Wanita UMNO Perlis dalam menjayakan Program Minda Sihat Sahsiah Hebat yang berlangsung pada Ahad. Menurut beliau, program berkenaan memperlihatkan semangat luar biasa dalam kalangan Wanita Perlis yang bukan sahaja menjadi tunjang kekuatan [...]