Keputusan terburu-buru boleh jejaskan perdagangan, ekonomi negara - PM

KUALA LUMPUR  - Kerajaan mengambil pendekatan tunggu dan memantau rapat berhubung perkembangan isu tarif melibatkan Amerika Syarikat (AS).Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang keputusan yang dibuat secara terburu-buru dibimbangi boleh menjejaskan kepentingan perdagangan dan ekonomi negara."Saya hanya mengatakan, kita tunggu dulu dan lihat apa keadaan sebenarnya kerana apa pun keputusan kita, saya bimbang kalau menjejaskan kepentingan negara."Yang penting bukan apa yang diputuskan di AS tetapi apakah ia dapat mempertahankan kepentingan perdagangan dan ekonomi Malaysia," katanya.AKAN MENYUSUL