HULU KELANG: Jenazah anak kepada pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana kira-kira pukul 10.40 pagi tadi. Terdahulu, jenazahnya dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiah AU3. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10.30 malam semalam di Hospital Kuala Lumpur selepas satu tahun melawan kanser paru-paru. – UTUSAN The post Anak Amyza Aznan selamat dikebumikan appeared first on Utusan Malaysia .