Lima sekeluarga maut kebakaran rumah di Raub

RAUB - Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini pada Khamis. Ketua Polis Daerah Raub Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar 3.35 pagi. "Sejurus pemadaman kita menjumpai kesemua mangsa di lokasi kejadian, " katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis. Beliau berkata kesemua mayat berkenaan akan dibawa ke Hospital Raub untuk tindakan lanjut. - Bernama