JEMPOL, 26 Feb – Program Ihya Ramadan Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang telah berlangsung dengan penuh meriah di Masjid Felda Palong 2, baru-baru ini, menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana ukhuwah dan kebersamaan. ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, program tersebut bukan sahaja mengimarahkan bulan Ramadan, malah menjadi platform menyantuni golongan memerlukan di kawasan berkenaan. Majlis [...]