Polis buru lelaki curi motosikal di Bangi

KAJANG - Polis sedang memburu seorang lelaki disyaki terlibat dalam kejadian curi sebuah motosikal di parkir kenderaan Residensi Adelia Bangi di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan motosikal jenis Honda NSS250A pada jam 1.35 pagi."Siasatan di tempat kejadian telah dijalankan dan hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan tersebut."Tindakan mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan."Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan kunci tambahan bagi mengurangkan risiko kecurian motosikal."Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114243 atau pegawai penyiasat, Sarjan R Ganesan di talian 012-6089180," ujarnya.