KUALA LUMPUR, 26 Feb — Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Mohd Hafiz Aziz, menyifatkan pertuduhan yang dihadapi seorang exco kerajaan negeri berhubung dakwaan salah guna kuasa baru-baru ini sebagai perkara serius yang wajar diberi perhatian. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus berkata ini kerana perkara tersebut secara langsung menyentuh kredibiliti institusi kerajaan negeri dan kepercayaan rakyat. [...]