Pertumbuhan TK2025 TNB kembalikan nilai kepada rakyat

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menegaskan komitmennya untuk memacu kestabilan ekonomi  Malaysia dan jaminan tenaga jangka panjang, dengan memastikan bekalan elektrik kepada  kediaman, perniagaan dan industri terus berdaya harap di seluruh negara. Bagi tahun kewangan 2025 (TK2025), Syarikat terus menunjukkan prestasi kewangan yang  mampan, sekali gus memperkukuh keupayaannya untuk menjana nilai jangka panjang kepada  para pemegang saham dan rakyat. Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, kejayaan itu diterjemahkan secara langsung kepada manfaat yang nyata kepada rakyat. "Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama yang berkhidmat untuk negara,  keutamaan kami melangkaui prestasi kewangan yang kukuh, ia adalah tentang menyalurkan  pencapaian kami kepada pelaburan bermakna yang mengukuhkan negara serta memberikan  manfaat sosioekonomi yang signifikan kepada rakyat," kata Megat Jalaluddin.Dividen memberi manfaat kepada negara   Prestasi TNB bagi TK2025 membolehkannya mengisytiharkan anggaran dividen sebanyak  RM3.1 bilion kepada para pemegang saham, dengan 60.7 peratus akan diagihkan kepada syarikat  pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),  Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan  Wang Persaraan (KWAP). Pembayaran dividen ini mencerminkan komitmen berterusan TNB dalam memulangkan nilai  kepada pemegang saham dan seterusnya kepada rakyat, memandangkan dana ini  menyalurkan manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia melalui simpanan dan pencen.  Kemakmuran dikongsi bersama  Sepanjang tahun 2025, TNB memainkan peranan aktif dalam memperkasa komuniti di seluruh  negara, dengan menyumbang lebih RM232.3 juta menerusi pelbagai inisiatif tanggungjawab  sosial korporat (CSR), termasuk:  •Sokongan Pendidikan (RM137 juta): bantuan kepada pelajar melalui Universiti Tenaga  Nasional (UNITEN) dan Yayasan Tenaga Nasional (YTN), memperkukuh pembangunan  modal insan jangka panjang Malaysia.  • Pembangunan Sukan (RM11 juta): memberi manfaat kepada 67,100 atlet dan  penggiat sukan, termasuk program hoki kebangsaan.  • Bantuan Persekolahan (RM4.2 juta): inisiatif seperti Ceria Ke Sekolah dan Sekolah  Angkat yang memberi manfaat kepada lebih 17,500 murid dan 50 buah sekolah.  • Khidmat Komuniti dan Sokongan (RM10.1 juta): inisiatif sokongan komuniti yang  menyeluruh, termasuk program Ihya’ Ramadan, Projek Mesra Rakyat dan bantuan  bencana, memberi impak positif kepada lebih 140,000 individu.  • Inisiatif Kesihatan (RM0.6 juta): bantuan kewangan kepada 24,500 penerima manfaat,  termasuk sokongan kepada pertubuhan bukan kerajaan dan institusi perubatan.  • Inisiatif solar di rumah ibadat (RM0.6 juta): menyokong penjimatan kos tenaga dan  usaha kelestarian di institusi keagamaan terpilih. Sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosialnya, TNB turut menyumbang  RM32.9 juta dalam bentuk zakat perniagaan kepada pelbagai institusi zakat di seluruh  Malaysia.Selain itu, sejumlah RM11.9 juta zakat wakalah telah disalurkan kepada lebih 36,000  penerima asnaf. Prestasi mampan dan kekuatan operasi TNB menutup TK2025 dengan prestasi yang kukuh, merekodkan pendapatan sebanyak RM4.8  bilion dengan disokong oleh: • Pertumbuhan permintaan elektrik: jumlah jualan elektrik sebanyak 133.9 TWj bagi  TK2025.  • Kesan pertukaran asing yang positif: keuntungan RM652 juta, terutamanya hasil  pengukuhan nilai Ringgit daripada RM4.471/USD pada Disember 2024 kepada  RM4.057/USD pada Disember 2025. Selain itu, TNB kekal komited dalam memodenkan dan mengukuhkan grid, dengan  perbelanjaan sebanyak RM12 bilion pada tahun 2025 bagi mengekalkan jaminan bekalan,  memenuhi pertumbuhan permintaan serta melaksanakan projek peralihan tenaga.Usaha ini  telah menghasilkan impak yang boleh diukur dalam meningkatkan pengalaman pelanggan: • Mengekalkan prestasi Sistem Minit bertaraf dunia pada 0.15 minit.  • Indeks Tempoh Masa Purata Gangguan Sistem (SAIDI) bertambah baik kepada 46.93  minit. Syarikat juga mengekalkan skor Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) yang tinggi pada 9.0 iaitu  pencapaian tertinggi setakat ini, sekali gus mencerminkan usaha berterusan untuk  meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengalaman pelanggan. Tahun ini turut menyaksikan kesinambungan rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR)  di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) yang mencerminkan persekitaran kawal selia yang stabil  dan berwawasan, yang mana TNB menghargai sokongan kerajaan dan badan pengawal selia  atas sokongan terhadap pertumbuhan industri yang mampan.  Pencapaian lain pada tahun 2025 termasuk:  • Jenama Terbaik Tahun 2025–2026 di World Branding Awards di Osaka.  • Jenama utiliti terunggul di ASEAN dan kedua terbaik di peringkat global oleh Brand  Finance.   • Meluaskan kedudukan global dengan memperoleh kontrak penyelenggaraan selama  tujuh tahun di Kuwait, serta pelaburan di Australia dan United Kingdom.Memperkukuh masa depan tenaga Malaysia melalui kerjasama serantau   Malaysia mempercepat peralihan tenaganya, TNB terus memainkan peranan penting  dalam menyokong objektif kerajaan untuk meningkatkan kerjasama tenaga serantau dan daya  tahan sistem dalam jangka panjang.Peranan ini dizahirkan menerusi pemeteraian beberapa  perjanjian rentas sempadan pada tahun 2025:  • Perjanjian Pembangunan Bersama dengan SP Group dan Singapore Energy  Interconnections dari Singapura bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan penuh  untuk sambungan elektrik kedua antara Semenanjung Malaysia dan Singapura.  • MoU dengan State Grid Corporation of China melibatkan pendigitalan grid, teknologi  pengagihan termaju dan strategi pemodenan.Memacu pertumbuhan negara dan pembangunan tenaga kerja   Sebagai pemangkin utama pembangunan Malaysia, TNB terus membawa sumbangan  bermakna kepada pertumbuhan ekonomi negara.Sejak 2024, syarikat telah menyalurkan  RM9.3 bilion iaitu 55.2 peratus daripada jumlah perolehannya, kepada vendor bumiputera.Jumlah  itu memberi manfaat kepada lebih 1,200 syarikat bumiputera di seluruh negara dan  memperkukuh penyertaan ekonomi yang inklusif. TNB juga terus komited dalam meningkatkan kebolehpasaran dan kestabilan pendapatan isi  rumah rakyat Malaysia.Pada tahun 2025, Syarikat memperkukuh tenaga kerja yang  berkemahiran dan berdaya tahan bagi menyokong kecemerlangan operasi serta pertumbuhan  jangka panjang.Berlandaskan momentum ini, TNB merancang untuk mewujudkan lebih 2,000  peluang pekerjaan baharu pada tahun 2026, didorong oleh peluasan inisiatif perbelanjaan  modal serta pertumbuhan portfolio projeknya. Mengekalkan momentum menuju 2026 dan seterusnya TNB akan terus melabur dalam inisiatif yang memberikan nilai jangka panjang kepada negara  dan rakyatnya.Ini termasuk meningkatkan pelaburan modal bagi memperkukuh infrastruktur  tenaga negara, usaha berterusan memupuk bakat masa hadapan, serta peluasan program CSR  bagi menyokong komuniti yang memerlukan. "Melangkah ke tahun 2026, fokus kami kekal jelas iaitu untuk menjana kemajuan Malaysia  secara bertanggungjawab dan inklusif. Melalui pelaburan berterusan, pembangunan bakat  dan inisiatif komuniti, TNB akan terus memainkan peranannya dalam membina ekonomi yang  kukuh demi manfaat seluruh rakyat Malaysia," kata Megat Jalaluddin.