Jati Malaysia perkasa tradisi Ramadan

KUALA LUMPUR – Jenama beras terkenal, Jati Malaysia meneruskan tradisinya dengan menaja beras untuk memasak bubur lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu, di sini sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini. Pengurus Perhubungan Awam Serba Wangi Food Sdn Bhd, Azri Fahmi Md Farid berkata, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi impak langsung kepada masyarakat."Sebanyak 3,000 pek bubur lambuk diagihkan pada setiap hari dalam bulan Ramadan. Inisiatif bermakna ini bertujuan menyokong komuniti setempat dengan menyediakan juadah berbuka puasa yang panas dan berkhasiat."Dalam masa sama kita mengeratkan semangat perpaduan, keprihatinan dan perkongsian rezeki yang menjadi teras pada bulan yang mulia ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa pengedaran bubur lambuk di sini pada Rabu. Ujarnya, bagi inisiatif khas itu, Jati menaja beras Super Import Premium di bawah rangkaian Jati Signature Premium Super Special serta menyumbangkan sebanyak 1,500 kampit beras bagi menyokong pelaksanaan program tersebut. Menurut beliau, sebagai jenama beras tempatan yang telah lama berada di pasaran, Jati melihat beras bukan sekadar makanan ruji, tetapi juga sebagai simbol kebersamaan, kemurahan hati dan tradisi. "Melalui sumbangan ini, Jati berharap dapat memainkan peranan yang bermakna dalam memastikan keluarga dan individu dapat menikmati hidangan berkhasiat ketika waktu iftar. "Masjid Jamek Kampong Bharu, sebuah masjid bersejarah dan ikonik di Kuala Lumpur, sememangnya terkenal dengan aktiviti Ramadan yang meriah serta penglibatan komuniti yang kukuh," katanya. Mengulas lanjut Azri Fahmi menjelaskan,  agihan bubur lambuk secara harian itu dijangka memberi manfaat kepada pengunjung, penduduk setempat dan para jemaah sepanjang bulan Ramadan. Katanya, inisiatif berkenaan merupakan kolaborasi rasmi pertama Jati bersama pihak masjid di situ. "Pihak syarikat berhasrat untuk meneruskan tajaan serta sokongan terhadap program ini pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada usaha jangka panjang dalam mendekati komuniti. "Ramadan adalah waktu untuk bermuhasabah, bersyukur dan memberi kembali kepada masyarakat," katanya. Beliau menambah, Jati kekal komited dalam melaksanakan inisiatif yang memperkasa komuniti serta meraikan kekayaan tradisi dan budaya kulinari Malaysia. Jati terus dekati komunitiSementara itu, Azri Fahmi berkata, rata-rata penerima meluahkan rasa syukur dan menghargai inisiatif berkenaan.Beliau juga menyatakan penghargaan pihak syarikat terhadap masjid yang menyediakan masakan seawal pagi untuk memastikan agihan berjalan lancar. "Kami berharap usaha ini dapat memberi kegembiraan kepada mereka yang kurang berkemampuan, sekali gus membolehkan mereka menikmati makanan yang sedap dengan beras yang baik kualitinya," katanya.Menurut Azri Fahmi, melalui program tersebut, Jati berharap untuk terus mendekati komuniti, memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat serta menyemai nilai perkongsian dan prihatin terhadap jiran tetangga.Beliau menegaskan, tradisi berkongsi bubur lambuk adalah satu warisan budaya yang penting, bukan sahaja mengeratkan silaturahim tetapi juga memberi peluang kepada masyarakat untuk merasai kegembiraan bersama.Serba Wangi Food Sdn Bhd merupakan antara pengeluar dan pengedar beras tempatan yang telah bertapak lama di Malaysia melalui jenama Jati.Syarikat itu komited dalam memastikan bekalan beras berkualiti kepada pengguna di samping melaksanakan pelbagai inisiatif CSR yang memberi manfaat kepada masyarakat."Melalui sumbangan ini, Jati berharap dapat memainkan peranan yang bermakna dalam memastikan keluarga dan individu dapat menikmati hidangan berkhasiat ketika waktu iftar." – Azri Fahmi