Mohd Rafi Santuni Jemaah Ramadan, Sumbang Pendingin Hawa Kepada Surau An-Najjah

LABUAN, 27 Feb – Sempena kehadiran bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, telah menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan dua unit pendingin hawa kepada Surau An-Najjah dalam satu program kebajikan yang berlangsung baru-baru ini. Ujarnya yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Sumbangan tersebut disampaikan sebagai usaha meningkatkan keselesaan para jemaah sepanjang bulan Ramadan, [...]