KAJANG - Seorang mekanik maut selepas motosikal jenis Yamaha RX-Z ditunggang merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 11.2 Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS) di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan kira-kira jam 2.45 pagi menyebabkan mangsa iaitu lelaki berusia 28 tahun maut di lokasi kejadian."Siasatan polis mendapati mangsa yang dalam perjalanan dari Kajang secara tiba-tiba hilang kawalan dan telah melanggar besi penghadang di sebelah kanan jalan."Pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah iaitu putus kedua belah kaki," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379.Tegas beliau, polis menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah, sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa berhati-hati semasa memandu."Pihak polis juga menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat menduga kelajuan dan membuat aksi yang bahaya."Jika didapati membuat kesalahan ini tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menganggu penguna jalan raya yang lain dan boleh dihukum penjara tidak meleibihi lima tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000," ujarnya.