KUANTAN – Tempoh reman pelajar lelaki sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini yang disiasat kerana memuat naik gambar memijak al-Quran dan hantaran menghina Rasulullah disambung sehingga Selasa depan.Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah dalam satu pemakluman secara ringkas.Menurutnya, perintah lanjutan reman terhadap suspek berusia 21 tahun itu dibenarkan bagi membolehkan siasatan diteruskan."Setakat ini, pihak polis hanya membuat rampasan senaskhah al- Quran yang dipercayai digunakan oleh suspek," katanya pada Sabtu.Terdahulu, suspek direman selama empat hari bermula Rabu dan tempoh itu tamat pada hari ini.Penahanan dilakukan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh bapanya pada awal pagi Rabu selepas menyedari hantaran berkenaan.Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.