Wisma Putra keluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia di 7 negara Timur Tengah

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengeluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia di tujuh negara di Timur Tengah memandangkan perkembangan terkini di rantau itu.Kementerian yang juga dikenali sebagai Wisma Putra menyatakan bahawa perjalanan tidak penting ke Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) perlu ditangguhkan sehingga situasi keselamatan stabil.Katanya, memandangkan perkembangan semasa, termasuk serangan ketenteraan terbaharu serta peningkatan langkah keselamatan di beberapa kawasan di rantau itu, penutupan ruang udara dan gangguan penerbangan telah dilaporkan di negara berkenaan."Rakyat Malaysia di negara berkenaan dinasihatkan supaya bersedia menghadapi kemungkinan perubahan jadual penerbangan secara mendadak, penutupan lapangan terbang, serta sekatan perjalanan. Pengaturan alternatif atau pelan kontingensi hendaklah dibuat dengan segera sekiranya perlu," menurut kementerian itu dalam kenyataan pada Ahad.Kementerian juga menggesa rakyat Malaysia di Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu, khususnya di kawasan yang terjejas atau berhampiran dengannya, agar sentiasa mengamalkan tahap kewaspadaan yang tinggi, mengelak kawasan operasi ketenteraan dan perhimpunan awam, serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Semua rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di negara berkenaan diseru untuksegera mendaftar dan mengemas kini butiran perhubungan masing-masing dengan Kedutaan Besar Malaysia atau Perwakilan Malaysia yang terdekat, atau melalui e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my, bagi memudahkan penyaluran bantuan sekiranya diperlukan.Kementerian kekal komited dalam memastikan kebajikan dan keselamatan warganegara Malaysia di luar negara sentiasa terpelihara. Sekiranya berlaku kecemasan atau sekiranya memerlukan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia yang terdekat:Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran boleh dihubungi di talian +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606 / +98 933 535 2602 (kecemasan) atau melalui e-mel di mwtehran@kln.gov.my manakala kedutaan di Baghdad, Iraq boleh dihubungi di talian +964 787 859 8775 (kecemasan) atau Mwbaghdad@kln.gov.my (e-mel).Kedutaan di Amman, Jordan boleh dihubungi di talian +962 6590 2400 / +962 78590 2400 (kecemasan) atau melalui mwamman@kln.gov.my; kedutaan di Kuwait City, Kuwait di talian +965 2255 0394 / +965 2255 0395 / +965 9678 3036 (kecemasan) atau mwkuwait@kln.gov.my; kedutaan di Doha, Qatar di talian +974 4483 6463 / +974 4483 6493 (kecemasan) atau mwdoha@kln.gov.my.Kedutaan di Manama, Bahrain boleh dihubungi di talian +973 1756 4551 / +973 3899 0749 (kecemasan) atau mwmanama@kln.gov.my; kedutaan di Abu Dhabi, UAE di talian +971 2 4482 775 / +971 2 4482 776 atau mwabudhabi@kln.gov.my; dan Konsulat Jeneral di Dubai, UAE di talian +971 4 3985 847 / +971 50 737 9196 (kecemasan) atau dxb.cons@kln.gov.my.Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Operasi kementerian di talian +603-8887 4570 atau melalui e-mel dutyofficer@kln.gov.my atau Bahagian Konsular kementerian di talian +603-8887 4597 / +603-8887 4769 / +603-8887 4264 atau melalui bkrm@kln.gov.my.Wisma Putra menyatakan ia sedang memantau rapat perkembangan di rantau tersebut. - Bernama