KUALA LUMPUR - Belia dituntut untuk menunjukkan kematangan, kebijaksanaan dan ketenangan dalam menghadapi isu yang menyentuh sensitiviti agama.Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP), Khairul Rizam Abu Samah berkata, insiden melibatkan penghinaan terhadap al-Quran telah membuatkan hati umat Islam tersentuh."Ramadan mendidik Islam tentang sabar dan hikmah."Kita tidak mahu emosi mengatasi rasional dan kita tidak mahu tindakan segelintir pihak merosakkan keharmonian yang telah lama kita bina bersama," katanya.Beliau berucap pada program Sentuhan Ramadan: Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk, Sumbangan Cermin Mata Belia Sekolah, Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Madrasah Rajaiyah, Kampong Bharu di sini pada Ahad.Menurut Khairul Rizam, negara dibina atas asas saling menghormati dan toleransi.Tambah beliau, apa jua cabaran, masyarakat perlu hadapi dengan hikmah, berlandaskan undang-undang dan semangat perpaduan."Belia hari ini mesti menjadi jambatan, bukan jurang. Menjadi penyatu, bukan pemecah."Dengan dialog, kefahaman dan rasa hormat antara kaum serta agama, kita yakin keharmonian negara dapat terus dipertahankan," ujarnya.Sementara itu, Khairul Rizam berkata, MBWP turut melancarkan inisiatif Rakan Muda Rakan Masjid bagi menghidupkan semula fungsi masjid sebagai pusat pembangunan belia."Kita mahu anak muda merasakan bahawa masjid adalah ruang mereka. Tempat mereka belajar, berdiskusi, merancang masa depan dan membina ukhuwah."Masjid bukan sekadar tempat ibadah, tetapi pusat penyatuan ummah dan pembinaan kepimpinan generasi masa hadapan," katanya lagi.Pada program itu, seramai 200 orang sukarelawan belia bersama badan-badan gabungan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu memasak dan mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat setempat.Selain itu, sebanyak 30 cermin mata disumbangkan kepada belia sekolah berusia antara 15 hingga 17 tahun dari sekitar Parlimen Titiwangsa serta program tadarus Ramadan yang disertai oleh 50 orang belia.