Puteri UMNO Perkemas Gerak Kerja 2026, Tekankan Pengukuhan Organisasi

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan memperkemaskan hala tuju gerak kerja tahun 2026 secara lebih tersusun dan berfokus, selaras dengan keutamaan parti serta perkembangan semasa politik tanah air. Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang berlangsung baru-baru ini dengan mengambil kira intipati perbincangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan sebelum ini. [...]