Nostalgia raya bersemi di BUSANA @ MENARA MARA

KUALA LUMPUR – Di sebalik arus pemodenan ibu kota, BUSANA @ Menara MARA kembali mengangkat nostalgia silam menerusi kempen ‘Raya Klasik: Nostalgia Bersemi, Raya Berseri’ yang berlangsung dari 23 Februari hingga 20 Mac 2026.Terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, pusat beli-belah ikonik itu tampil dengan wajah baharu sebagai oasis tradisi, menawarkan pengalaman keraian yang melangkaui sekadar aktiviti membeli-belah.Menyantuni tradisi, memperkasa usahawanKempen tahun ini bukan sekadar bazar bermusim, sebaliknya menjadi platform kepada lebih 20 usahawan kraf dan fesyen tempatan untuk mengetengahkan naratif budaya masing-masing.Di ruang Atrium dan Covered Walkway, pengunjung disajikan koleksi eksklusif daripada jenama terkenal seperti Siti Khadijah, NAS Clothing, Mr and Mrs Adam Corrie, Afifahmi Concept serta Syidiya Creation Jr. Boutique.Bagi pencinta estetika klasik pula, jenama seperti Tuan Batik, Tudung Hanami dan Klasik Batik menawarkan seleksi busana yang menggabungkan elemen tradisi dengan sentuhan kontemporari.Tidak ketinggalan, di MYDelicacies, pengunjung boleh meneroka lebih 200 pilihan kuih-muih tradisional hasil air tangan pengusaha tempatan, sekali gus membangkitkan nostalgia Ramadan dan Syawal di kampung halaman.Keselesaan diutamakan sepanjang RamadanDalam memastikan pengalaman lebih selesa sepanjang bulan Ramadan, pihak pengurusan turut menaik taraf kemudahan sedia ada.Ketua Pegawai Eksekutif MARA Incorporated Sdn. Bhd., Faizul Idzhar Ahmad Yazi berkata, Surau Al-Busana di Aras 2 telah dinaik taraf sepenuhnya bagi memberi ruang ibadah yang lebih tenang dan selesa kepada pengunjung."Kami mahu BUSANA @ Menara MARA menjadi destinasi pilihan utama keluarga. Penaiktarafan ini adalah komitmen kami untuk memastikan pengunjung dapat beribadah dengan tenang sambil membuat persiapan Raya," katanya.Beliau menambah, ruang perniagaan di lokasi strategik itu turut menjadi manifestasi sokongan berterusan terhadap usahawan baharu."Kepelbagaian produk daripada fesyen terkini hingga ke perkhidmatan asas menjadikan BUSANA @ Menara MARA sebagai ‘One-Stop Center’ yang dinamik," ujarnya.Ganjaran menarik, bazar meriahBagi menyemarakkan lagi kempen, program Ganjaran Raya Klasik menawarkan pelbagai insentif kepada pelanggan setia. Setiap pembelian memberi peluang untuk membawa pulang Paket Raya Klasik eksklusif, Set Mangkuk Tingkat Klasik serta menyertai cabutan hadiah mingguan.Menjelang waktu petang, tumpuan beralih ke Bazaar Ramadan yang terletak bersebelahan BUSANA @ Menara MARA dan Medan MARA. Lebih 30 vendor makanan dan minuman mengambil bahagian, menjadikan kawasan itu lokasi pilihan warga kota untuk berbuka puasa dalam suasana santai.Antara aktiviti yang disediakan termasuk alunan busking lagu Raya dan akustik santai, seni karikatur sebagai potret kenangan, serta sesi ramah mesra bersama pemain kostum yang menceriakan kanak-kanak.Akses mudah, beli-belah tanpa kesulitanKedudukannya yang strategik dengan akses mudah melalui LRT (Stesen Bandaraya), bas dan teksi menjadikan destinasi ini pilihan ramai tanpa perlu berdepan kesesakan trafik.Waktu operasi juga dilanjutkan sehingga lewat malam menjelang Syawal bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai bahang persiapan Hari Raya dalam suasana selamat dan meriah.